web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bilangan Pelajar Terima Dos Pertama Meningkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 9:16PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 90 peratus pelajar tingkatan lima dan 88 peratus pelajar tingkatan empat telah menerima satu dos vaksin di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ibu bapa atau penjaga digesa membawa anak-anak mereka kembali ke sekolah dengan selamat.

"Dengan #ReopeningSafely, 90 peratus daripada pelajar berumur 17 tahun dan 88 peratus berumur 16 tahun di sekolah @KemPendidikan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

“Mari kita bawa anak-anak kita kembali ke sekolah dengan selamat #LindungDiriLindungSemua,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Seramai 143,000 murid hadir pada hari pertama pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka di seluruh negara, semalam dan hari ini.

Sementara itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin berkata, secara umumnya sekolah telah dibuka di hampir semua negeri kecuali di Kedah dan juga Johor yang akan mula beroperasi pada 10 Oktober depan.

Radzi  sebelum ini dilaporkan berkata, kumpulan awal yang dibenarkan kembali ke sekolah adalah kelompok pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Beliau berkata, semua sekolah terlibat akan menggunakan kaedah penggiliran pelajar dengan kehadiran mingguan ditetapkan 50 peratus daripada kapasiti kelas bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja), 60 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun disasarkan menerima suntikan vakdin berkenaan menjelang November, dan 80 peratus daripada mereka dijangka melengkapkan vaksinasi itu sebelum sekolah dibuka untuk sesi persekolahan 2022. - Getaran, 4 Oktober 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia