web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Taman Eko Rimba, Laluan Pendakian Dibuka Semula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 12:58PM

Taman Eko Rimba Kanching antara yang telah dibuka semula. - Gambar dari Facebook Tourism Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Taman Eko Rimba (TER) dan laluan pendakian dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor dibuka semula kepada orang awam selepas pertukaran status fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), TER dibuka kepada umum bermula pada Sabtu lalu manakala laluan pendakian pula hanya akan dibuka pada Ahad nanti.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, walaupun semua lokasi rekreasi terbabit sudah dibuka kepada umum, pengunjung perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, lokasi terbabit hanya akan dibuka bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang  setiap hari.

“Untuk menjalankan aktiviti di kawasan TER, pengunjung boleh berurusan di kaunter taman terbabit.

“Bagi aktiviti pendakian pula, pengunjung dinasihatkan untuk membuat permohonan mendapatkan permit masuk ke hutan seminggu sebelum melakukan aktiviti berkenaan,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Fadzil menasihatkan orang ramai untuk bertanggungjawab terhadap sisa makanan dan minuman yang dibawa agar tidak mencemarkan alam sekitar.

“Pengunjung juga diminta membawa sampah keluar selepas aktiviti kerana perbuatan tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah turut menyebabkan konflik hidupan liar,” katanya.

Berdasarkan senarai yang diberikan kepada Getaran, terdapat 10 lokasi air terjun di dalam Taman Eko Rimba (TER) iaitu Gunung Nuang; Sungai Tekala; Sungai Congkak; Ampang; Kota Damansara; Komanwel; Templer; Kanching; Sungai Tua dan Sungai Sendat.

Turut tersenarai ialah 10 kawasan 'hot-spot' air terjun dalam HSK yang dibuka adalah iaitu Air Terjun Ulu Perdik, Lepoh; Lubuk Tedung atau Sofea Jane; Sungai Pisang; Kanching; Setinggi; Medang; Macau; Sungai Chiling dan Lubuk Kawah. - Getaran, 5 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Mendap: Laluan Arah Kuantan Dibuka

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

SPI KPM Bersesuaian Malaysia Madani

3

Semasa 1 tahun yang lalu

#PRU15: 12 Pusat Pengundian Dibuka Di Parlimen Baram Hari Ini - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

32 Mangsa Terperangkap Dalam Kejadian Kepala Air Di Lata Ulu Kasar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia