web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kebun Kita Bantu Tangani Krisis Keselamatan Sumber Makanan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Oct 2021 4:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pemasaran digital, Patriots Holding melancarkan platform e-dagang perniagaan taninya sendiri, dikenali sebagai Kebun Kita bagi membantu menangani krisis keselamatan sumber makanan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Patriots Holding, Jamalee Bashah berkata, Kebun Kita merupakan usaha untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan meningkatkan rantaian bekalan produk segar di peringkat nasional.

Menurut beliau, ia ditubuhkan dengan membawa objektif merapatkan jurang pasaran dan menangani masalah ketidakseimbangan harga yang berterusan dalam industri pertanian serta makanan.

“Kami dapati antara sebab utama berlakunya jurang pasaran ini adalah ketidakseimbangan harga yang dihadapi oleh para petani.

“Ia tidak patut berlaku kerana petani ialah tulang belakang sebenar negara. Oleh itu merekalah yang seharusnya menjadi pihak yang menetapkan harga pasaran,” katanya di sini.

Jelas Jamale, platform Kebun Kita membolehkan pelanggan membeli secara langsung daripada golongan petani kecil, sebelum mengedarkan barang tersebut kepada pengguna akhir dan pengusaha perniagaan. 

Tambahnya, Kebun Kita turut membolehkan para petani menetapkan harga barang sendiri untuk memastikan mereka beroleh keuntungan daripada setiap jualan.

“Sehingga kini platform Kebun Kita telah menjalin kerjasama dengan sejumlah ladang serta pekebun kecil di beberapa negeri dan juga dengan pembekal makanan tempatan.

“Kebun Kita juga berhasrat untuk menubuhkan rangkaian gudang mikro yang dipanggil ‘mini-hub’, dengan lokasi hub ini akan terletak berhampiran kawasan berpenduduk paling padat untuk memudahkan akses dan penghantaran segera kepada pelanggan,” ujarnya.

Katanya, melalui ‘mini hub’ ini, Kebun Kita juga mewujudkan peluang perniagaan berasaskan komuniti untuk penduduk tempatan dengan menawarkan skim pembahagian keuntungan sebagai ejen atau pengendali hub ini.

“Setakat ini, sebanyak empat hub mini sudah beroperasi dan dijangka mempunyai 10 buah menjelang akhir tahun ini di seluruh Lembah Klang serta negeri-negeri di selatan tanah air.

“Selain dari ‘mini hub’ Kebun Kita telah mewujudkan saluran Borong@KebunKita, bagi membolehkan peniaga atau individu yang ingin membuat pembelian secara pukal dengan harga lebih rendah,” ujarnya.

Jamalee berkata, platform Borong@Kebun Kita juga menyediakan penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia.

“Kebun Kita berhasrat untuk terus menyokong petani tempatan, dan pada masa yang sama membantu ekonomi.

“Kami ingin mengajak pengguna untuk membantu kami menyokong petani tempatan dengan membeli produk atau tanaman dihasilkan,” katanya. - Getaran, 5 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Tingkat Jualan 'Online' Dengan Aplikasi Tepat

2

Usahawan 3 tahun yang lalu

Balik Kampung Tanam Jagung, Dua Juruterbang Usaha Kebun Kapten

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 49 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 44 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global