web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Sabah, Sarawak Bermastautin Di Semenanjung Digalak Tukar Bahagian Pilihan Raya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Oct 2021 1:08PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Sabah dan Sarawak yang bermastautin di Semenanjung digalakkan memohon pertukaran Bahagian Pilihan Raya berdasarkan tempat bermastautin terkini, seperti disaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ini bagi memudahkan urusan pengundian bagi suatu pilihan raya umum atau kecil.

“Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menetapkan salah satu kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih ialah bermastautin dalam mana-mana Bahagian Pilihan Raya.

“Bagi maksud itu, SPR menentukan Bahagian Pilihan Raya seseorang pemilih berdasarkan kepada alamat pemastautin pemilih seperti di kad pengenalan,” katanya bagi menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) di Dewan Rakyat hari ini.

Maria ingin tahu tindakan diambil kerajaan bagi membebaskan pengundi (enfranchise voters) yang berada di luar negara serta rakyat kelahiran Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia untuk dapat mengundi dari Semenanjung atau luar negara, dan adakah ia akan dilakukan secara maya atau fizikal.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) sama ada pengundi Sabah dan Sarawak yang menetap di Semenanjung boleh mengundi secara pos, Mas Ermieyati berkata buat masa ini kemudahan mengundi secara pos diberikan kepada pengundi dalam kategori yang telah ditetapkan.

Antara kategori itu ialah kakitangan SPR, petugas pilihan raya, tentera, polis dan Polis Pasukan Gerak Am (PGA) yang bertugas pada Hari Mengundi Awal, pengamal media yang bertugas membuat liputan pilihan raya di luar kawasan pada hari mengundi dan rakyat Malaysia di luar negara.

Beliau berkata tiada rakyat Malaysia terkecuali daripada didaftar sebagai pemilih menerusi pendaftaran pemilih secara automatik, termasuklah mereka yang berada di luar negara.

“Kalau mengikut apa yang telah termaktub dalam peraturan dan undang-undang, tidak ada terkecuali, mereka yang berada di luar negara walaupun tidak berdaftar akan secara automatik didaftar sebagai pemilih,” katanya menjawab soalan tambahan Maria berhubung perkara itu.

Pada 21 September lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan membuat keputusan melaksanakan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya 31 Dis tahun ini seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuching. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia