web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peniaga Petrol Bumiputera Risau Dengan Kenaikan Sewa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Oct 2021 2:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peniaga petrol Bumiputera menjual produk minyak asing telah menyatakan kebimbangan mereka berkenaan kenaikan sewa yang akan menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Seorang peniaga, Noor, memberitahu The Vibes langkah-langkah pencegahan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 telah menyebabkannya bergelut untuk mengekalkan perniagaannya.

“Saya sangat bimbang tentang kenaikan sewa. Ramai yang bercakap tentang perkara ini tetapi tiada kenyataan formal lagi. Jikalau benar, ia sangat tidak adil.  

“Keuntungan saya telah turun sebanyak 50 peratus kerana kekangan COVID-19. Nasib baik cawangan saya berdekatan Lebuh Raya Utara-Selatan, ini membantu saya berbanding rakan yang mempunyai stesen di bandar dan pekan kecil.

“Kenaikan sewa akan menjerut keuntungan kami semua.”

Seorang lagi peniaga, Azam, berkata dia mungkin terpaksa gulung tikar jika syarikat minyak asing menaikan sewa per liter.

“Ini bukan kali pertama kenaikan seperti ini dilakukan, tetapi kami boleh menanganinya dengan menawarkan perkhidmatan tambahan seperti mesin ATM.

“Tetapi perkara ini adalah sebelum COVID-19. Penyelesaian yang lebih baik perlu dicari. Cara yang paling mudah yang boleh saya fikirkan adalah menangguh kenaikan kadar sewa itu.”

The Vibes melaporkan pada Isnin yang peniaga petrol mengesa kerajaan untuk masuk campur kerana mereka percaya syarikat minyak asing sedang menekan mereka dengan menaikan harga sewa.

Syarikat asing bercadang untuk menaikan sewa walaupun peniaga tempatan mengalami penurunan pendapatan kerana sekatan perjalanan COVID-19, menurut sumber. - Getaran, 6 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Musim Perayaan: KPDN Tambah Kuota RON95, Diesel

2

Semasa 1 tahun yang lalu

T20 Nikmati Lebih Satu Pertiga Subsidi Petrol, Mengatasi B40

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Data Komprehensif Kenal Pasti Penerima Subsidi Bersasar - Salahuddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Runcit Petrol RON97 Turun 20 Sen, RON95 & Diesel Kekal

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia