web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Musim Perayaan: KPDN Tambah Kuota RON95, Diesel

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 5:05PM

Penambahan itu diberikan kepada 4,030 stesen minyak di seluruh negara sebagai persediaan mengelakkan kekurangan bahan mentah sebagaimana yang pernah berlaku tahun lepas. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN - Kuota bekalan petrol bersubsidi RON95 dan diesel di seluruh negara akan ditambah bermula esok hingga 5 Mei ini, bagi menampung keperluan pengguna ketika musim perayaan sekali gus memastikan bekalan bahan mentah itu mencukupi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata penambahan itu diberikan kepada 4,030 stesen minyak di seluruh negara dan langkah itu adalah sebagai persediaan mengelakkan kekurangan bahan mentah sebagaimana yang pernah berlaku tahun lepas.

"Sempena cuti Aidilfitri, Wesak dan Hari Pekerja, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ambil tindakan proaktif dah meluluskan kuota tambahan RON95 dan diesel kepada syarikat minyak, jadi kita sudah tengok keperluan musim perayaan ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jualan Rahmah Daging Import di Pasar Raya Econsave Pontian di sini hari ini.

Pada Mei tahun lepas, dilaporkan beberapa stesen minyak mengalami masalah kehabisan bekalan petrol akibat berlakunya penjualan luar jangkaan sehingga 50 peratus susulan sambutan Aidilfitri.

Sementara itu, beliau berkata KPDN menerima banyak aduan mengenai peniaga tidak mempamerkan tanda harga ke atas barangan sejak 1 Ramadan lepas, termasuk yang disenaraikan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Aidilfitri.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata pihaknya mengambil pendekatan mesra dengan hanya memberikan nasihat kepada peniaga terlibat dan tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan secara berulang.

"Setakat ini tiada pelanggaran tentang skim harga maksimum cuma KPDN menerima banyak aduan hingga ratusan aduan peniaga tidak letak tanda harga dan apabila saya sendiri buat lawatan mengejut, memang ada peniaga berbuat begitu," katanya.

Beliau turut memaklumkan terdapat peniaga di beberapa lokasi menjual ayam segar melebihi harga kawalan iaitu RM9.40 sekilogram, kerana mereka mendakwa menerima bekalan daripada dua hingga tiga lapisan pemborong selain terpaksa meletak caj memotong sebanyak RM1.

"Kita telah merujuk perundangan, apabila mereka (peniaga) mempamerkan harga ayam RM9.40 dan memberitahu mempunyai caj RM1 untuk upah potong, selagi mana pelanggan bersetuju (untuk membayar jumlah itu) ia tidak menjadi kesalahan," katanya.

Berkenaan Jualan Rahmah Daging Import, Salahuddin berkata sebanyak 90 cawangan Econsave di seluruh negara menawarkan 500 tan daging kerbau import pada harga RM14.90 sekilogram berbanding harga siling RM20 sekilogram yang ditetapkan kerajaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Aliran Trafik Mula Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Puluhan Ribu Penumpang Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Mulai Hari Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia