web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aliran Trafik Mula Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 10:11AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke arah Pantai Timur dan utara, dilaporkan mula perlahan setakat jam 9 pagi ini, susulan ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Gombak menghala ke Genting Sempah, mula sesak dari Gombak ke Genting Sempah melibatkan jarak sejauh 17 kilometer dari Tol Gombak.

"Aliran trafik ke arah Utara dari Slim River ke Sungkai dan dari Terowong Menora ke RnR Sungai Perak, juga dilihat mula perlahan," katanya ketika dihubungi BERNAMA pagi ini.

Aliran trafik turut dilaporkan perlahan di arah Utara dari Bidor menuju ke Tapah.

Sementara itu, kemalangan yang dilaporkan berlaku di KM314.7 arah Utara dari Tapah ke Gopeng pada 7.43 pagi, telah diselesaikan dan kenderaan mula bergerak dengan lancar.

Selain itu, beberapa laluan Smartlane juga telah diaktifkan pagi ini, antaranya di KM4.5 hingga KM1.9 arah Selatan dari Setia Tropika ke Pasir Gudang dan juga di KM27.0 hingga KM19.0 arah Selatan dari Kulai ke Senai.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1-800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Semasa 12 jam yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra