web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Data Komprehensif Kenal Pasti Penerima Subsidi Bersasar - Salahuddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 12:07PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan akan menggunakan data komprehensif yang dihimpunkan melalui kesemua pangkalan data bagi mengenal pasti penerima subsidi bersasar membabitkan minyak petrol.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pangkalan data itu tidak hanya daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tetapi ia juga diperoleh daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara, Khazanah Nasional Bhd, Jabatan Perangkaan Malaysia serta kajian-kajian universiti.

Beliau berkata pusat data yang komprehensif adalah penting dan perlu dalam menjayakan mekanisme pemberian subsidi bersasar itu.

“Saya sebut dengan jelas sebelum ini bahawa, data JPJ adalah satu daripada data yang kita perlu, tetapi kita ada data dari LHDN, Khazanah, Jabatan Perangkaan Malaysia, Bank Negara dan kajian-kajian universiti.

“Kita perlu menghimpunkan kesemua data. Kementerian atau Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) harus melihat semua data itu sebelum kita membuat keputusan akhir,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Temu Rapat Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), di sini malam tadi.

Beliau mengulas mengenai pandangan pakar-pakar ekonomi bahawa pemberian subsidi menggunakan pangkalan data JPJ dengan melihat kepada kuasa kuda (cc) kenderaan adalah tidak bersesuaian.

Salahuddin baru-baru ini dilaporkan berkata pangkalan data daripada JPJ misalnya boleh digunakan untuk subsidi petrol RON95, berikutan kerajaan dapat mengenal pasti golongan yang layak menerima subsidi berdasarkan jenis cc kenderaan dimiliki.

Sementara itu, Salahuddin berkata KPDN sedang mengkaji inisiatif Nano Retailers sebagai langkah untuk membantu golongan suri rumah sepenuh masa menjana pendapatan sekali gus meningkatkan ekonomi mereka.

Beliau berkata inisiatif dengan kerjasama DPIM itu memberi peluang kepada suri rumah untuk menjual 11 barangan asas seperti gula, tepung, telur, beras, minyak masak dan barang-barang kering.

“Mereka ini, kita akan bantu dapat bekalan terus dari pengilang, jadi kita boleh selamatkan mereka dari tiga atau empat lapisan orang tengah.

“Di samping memberi pendapatan secara kecil-kecilan, golongan sasar B40 juga dapat dibantu dengan kadar harga yang murah berbanding kedai-kedai biasa,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan projek percubaan itu boleh dilaksanakan di setiap negeri dengan melibatkan beberapa kawasan sebelum diperluaskan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Subsidi Bersasar Minyak Masak Peket Diperluas Kepada Peniaga Mikro Tahun Depan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Salur Penjimatan Subsidi Kepada Penyelidikan, Pembangunan Ternakan Ayam

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia