web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuba Rasuah Pegawai Maritim, Tekong Bot Didenda RM1.5 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Oct 2021 7:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang tekong bot Vietnam didenda RM1.5 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuantan selepas mengaku bersalah menawarkan suapan RM2,000 kepada pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Disember tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain turut menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap tertuduh, Tran Van Minh, 42, jika gagal melunaskan denda itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa Vietnam, tertuduh mengaku menawarkan suapan RM2,000 kepada pegawai Maritim Malaysia sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadap dirinya dan 20 awak-awak kapal nelayan terbabit.

Tawaran suapan berkenaan dibuat bagi membolehkan tertuduh dan 20 awak-awak tersebut terlepas daripada kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh perairan negara.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika ditahan di lokasi 83 batu nautika tenggara Kuala Kuantan, pada jam 8.39 pagi 12 Disember 2020.

Tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Sarah Zainal Abiddin manakala tertuduh diwakili peguam, Suhaimi Ismail. - Getaran, 6 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia