web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PPN: Johor Beralih Ke Fasa 3, Pahang Ke Fasa 4 8 Oktober Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 8:36PM

Hishammuddin Tun Hussein - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor bakal beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) manakala Pahang pula beralih ke Fasa Empat berkuat kuasa 8 Oktober ini, menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau dalam kenyataan berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini.

“Peralihan fasa ini dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Beliau memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa Tiga dan Empat adalah sama dengan sebelum ini, keterangan SOP terkini akan dikemas kini MKN di laman sesawang www.mkn.gov.my.

Hishammuddin memaklumkan mesyuarat itu turut bersetuju untuk membenarkan beberapa kelonggaran baharu termasuk waktu pengoperasian pasar borong, upacara mengikat thaali di rumah ibadat kuil dan pernikahan kudus (Holy Matrimony) dalam tempoh PPN, berkuat kuasa 9 Okt.

“Waktu beroperasi pasar borong di Fasa Dua dan Fasa Tiga dibenarkan mengikut syarat lesen dan permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti mana yang ditetapkan dengan syarat pekerja divaksin lengkap dan mematuhi SOP sedia ada,” katanya.

Mengenai pelaksanaan upacara mengikat thaali dan pernikahan kudus, beliau berkata Kementerian Perpaduan akan memaklumkan Persatuan Agama Hindu dan Persatuan Agama Kristian berhubung SOP yang perlu dipatuhi.

Selain itu, beliau berkata pengoperasian aktiviti lelongan awam bagi barangan sandaran di bawah sektor pajak gadai berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga dibenarkan bermula 9 Oktober ini dengan syarat tertentu.

Syarat berkenaan termasuk pekerja dan pembida lengkap divaksin, hanya melibatkan 54 pelelong yang telah dikenal pasti di seluruh negara, terhad kepada 30 minit setiap sesi pada 1 dan 7 haribulan setiap bulan dengan ketetapan kapasiti pekerja dan pembida mengikut fasa.

Bagi Fasa Dua, hanya 60 peratus kapasiti pekerja dan 50 peratus pembida diikuti Fasa Tiga, 80 peratus kapasiti pekerja dan 80 peratus pembida, manakala Fasa 4 dibenar beroperasi dengan kapasiti 100 peratus bagi pekerja dan pembida.

Beliau juga memaklumkan sektor tembakau dan rantaiannya dibenarkan beroperasi bagi Fasa Dua PPN dan seterusnya.

Hishammuddin turut mengingatkan orang ramai untuk terus mengamalkan SOP, meningkatkan penilaian kendiri bagi melindungi diri sendiri dan masyarakat sekeliling daripada COVID-19.

“Dalam usaha negara #ReopeningSafely, perkara paling penting adalah untuk kita semua tidak cepat berasa selesa dan bersikap sambil lewa.

“Di sebalik semua kelonggaran telah diumumkan, hakikat yang harus kita hadapi adalah kita semua terpaksa hidup bersama virus COVID-19,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia