web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Air, Simpan Air Secukupnya - MB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 8:53PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna di sekitar Selangor dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah, susulan pelaksanaan kerja penyelenggaraan yang dilakukan Air Selangor pada 13 hingga 16 Oktober ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penyelenggaraan itu amat penting bagi menggelakkan kejadian tidak diingini seperti kebocoran paip SSP 1 pada tahun lalu berulang lagi.

“Air Selangor akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan yang tertangguh sejak 2019.

“Pengguna dinasihat menyimpan bekalan air secukupnya dan merujuk laman hentitugas.airselangor.com bagi segala maklumat berkaitan,” katanya di sini.

Berdasarkan info grafik notis hentitugas.airselangor.com yang disertakan, beliau memaklumkan bahawa penyelenggaraan tersebut dilakukan bagi menambah baik aset dan fasiliti bekalan air di negeri itu.

“Sekiranya tidak dilaksanakan, berkemungkinan menyebabkan kerosakan dan gangguan bekalan air secara mengejut,” katanya.

Menurut notis tersebut, kerja penyelenggaraan itu telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan melibatkan pemberhentian sementara tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Tempoh gangguan itu yang akan bermula jam 9 pagi 13 Oktober membabitkan 998 kawasan di sekitar Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Sementara itu, bekalan air akan diagihkan secara berperingkat kepada pengguna bermula pada jam 5 petang 14 Oktober, selepas kerja-kerja penambahbaikan serta penyenggaraan disiapkan dan sistem pengagihan bekalan air kembali stabil.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam 16 Oktober.

Sebagai langkah sokongan, Air Selangor akan menggerakkan 105 lori tangki air ke kawasan terjejas dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Pembelian air menerusi lori tangki air di empat stesen pengisian air setempat bagi pelanggan komersial turut disediakan.

Senarai lengkap kawasan terjejas, pili air awam dan Stesen Pengisian Air Setempat pula boleh didapati di laman pautan di hentitugas.airselangor.com. - Getaran, 6 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Air Selangor Dijadual Bayar Balik Pinjaman RM248.7 Juta Bermula 2031

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air - Amirudin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat Alami Gangguan Bekalan Air Pada 10 Oktober

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia