web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat Alami Gangguan Bekalan Air Pada 10 Oktober

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2023 5:51PM

Notis pemberitahuan awal gangguan bekalan air berjadual yang dikongsi menerusi akaun Facebook Air Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kawasan Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 10 Oktober ini (Selasa) bermula jam 9 pagi, berikutan pelaksanaan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abas Abdullah berkata bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari, 12 Oktober (Khamis).

“Kerja-kerja ini dijangka akan siap pada jam 7 malam, 10 Oktober (Selasa). Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat-peringkat selepas kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan siap serta apabila sistem agihan utama bekalan air sudah distabilkan.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata susulan itu, Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Beliau turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh tersebut. 

Katanya, bagi pelanggan komersial, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah terjejas.

“Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di dua stesen pengisian air yang akan dibuka di Sunway Batu Caves dan Selayang Mutiara,” katanya. 

Maklumat semasa berhubung gangguan bekalan air berjadual itu boleh didapati di saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Bekalan Air: Operasi 4 LRA Di Selangor Pulih 

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Air Selangor Dijadual Bayar Balik Pinjaman RM248.7 Juta Bermula 2031

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka