web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Air Selangor Dijadual Bayar Balik Pinjaman RM248.7 Juta Bermula 2031

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Feb 2024 12:28PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dimaklumkan bahawa Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dijadualkan membayar balik pinjaman kepada kerajaan negeri sebanyak RM248.7 juta bermula 2031.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembayaran balik pinjaman itu dijadualkan selama 20 tahun yang dimulakan selepas tempoh 10 tahun dari tarikh permulaan pengeluaran pertama pembiayaan oleh kerajaan negeri.

Amirudin berkata, pinjaman berkenaan melibatkan pelaksanaan projek penggantian paip air lama di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Selaras dengan terma dan syarat yang dipersetujui sebelum ini, pinjaman itu dijadualkan untuk dibayar balik secara ansuran selama 20 tahun dan hanya dimulakan selepas tempoh 10 tahun dari tarikh permulaan pengeluaran pertama pembiayaan.

"Jadual bayaran balik akan dikutip mulai 2031 hingga 2046 dengan jumlah ansuran pertama yang perlu dilunaskan ialah RM7.175 juta bermula 2031, dan seterusnya sebanyak RM12.435 juta setahun dari 2032 hingga 2046," katanya.

Amirudin menjawab pertanyaan Datuk Harrison Hassan (PN-Jeram) yang merujuk Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober 2023, berhubung tindakan kerajaan negeri dalam mendapatkan semula bayaran pinjaman daripada Air Selangor berjumlah RM248.7 juta. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat Alami Gangguan Bekalan Air Pada 10 Oktober

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu NRW Perlu Ditangani Secara Holistik, Perbelanjaan Modal Besar - Nik Nazmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Bertemu Air Selangor Cari Penyelesaian Isu Bekalan Air Apartmen Putra Ria

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bekalan Air Di 5 Kawasan Selangor Pulih Sepenuhnya

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia