web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu NRW Perlu Ditangani Secara Holistik, Perbelanjaan Modal Besar - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 8:33PM

Tahun lalu, SPAN melaporkan purata NRW negara adalah 37.2 peratus yang mengakibatkan pembaziran air terawat sebanyak 7.084 juta liter sehari dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM2 bilion setahun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) perlu ditangani secara holistik dan berterusan serta memerlukan perbelanjaan modal (CAPEX) yang besar, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata pada tahun lepas, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melaporkan purata NRW negara adalah 37.2 peratus yang mengakibatkan pembaziran air terawat sebanyak 7.084 juta liter sehari dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM2 bilion setahun.

“Kita sedia maklum bahawa sektor bekalan air negara menghadapi pelbagai cabaran dan satu daripadanya adalah NRW yang tinggi. NRW merupakan air terawat yang tidak sampai kepada pengguna dan tidak dapat dibilkan kerana kebocoran paip dan meter tidak berfungsi dengan baik.

“Bagi membantu mengatasi cabaran kekangan kewangan dihadapi oleh operator air, kerajaan Persekutuan telah melaksanakan Program Pengurangan NRW Kebangsaan bermula daripada RMK11 (Rancangan Malaysia Ke-11) dan disambung di bawah RMK12 melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah hampir RM2 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan bayaran imbuhan balik kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bagi pencapaian di bawah Program Pengurangan NRW Kebangsaan Pendekatan 2 Bagi Pencapaian NRW Tahun 2021, di sini hari ini.

Melalui Pendekatan 2, kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.371 bilion dalam bentuk geran sepadan bagi membantu operator air menangani masalah NRW dengan lebih berkesan dan mampan, melibatkan negeri dengan kadar NRW kurang daripada 40 peratus iaitu Melaka, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Selangor.

Dalam ucapan itu, Nik Nazmi mengucapkan tahniah kepada barisan pengurusan dan seluruh warga Air Selangor kerana berjaya menurunkan NRW sebanyak 0.5 peratus kepada 28 peratus pada 2021 dan berjaya menuntut 50 peratus daripada perbelanjaan program NRW yang telah dikeluarkan bagi mencapai sasaran itu.

Menurutnya, ia adalah satu pencapaian amat baik namun bukan tugas mudah kerana ini bukan kali pertama Air Selangor berjaya mencapai sasaran ditetapkan dalam program itu malah telah dicapai tiga tahun berturut-turut bermula 2019.

“Dari segi kos, perbelanjaan bagi tempoh tiga tahun untuk program NRW ini oleh Air Selangor adalah melebihi RM558 juta. Ini juga bermakna, Air Selangor telah layak mendapat imbuhan balik berjumlah RM362.4 juta daripada kerajaan Persekutuan di bawah Program NRW Pendekatan 2 dalam tempoh tersebut,” katanya.

Beliau berkata impak tahap NRW Selangor kepada purata NRW Malaysia amat besar iaitu jika Selangor berjaya menurunkan satu peratus kadar NRW, ia menyumbang kepada penurunan kira-kira 0.3 peratus purata NRW Malaysia.

“Ini kerana dari segi isipadu permintaan air, Selangor mempunyai kadar pengeluaran air tertinggi iaitu sekitar 5,000 juta liter sehari berbanding jumlah keseluruhan pengeluaran 15,100 juta liter sehari bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Nik Nazmi pada masa sama turut mengucapkan tahniah kepada Ranhill SAJ yang juga berjaya mencapai sasaran pengurangan NRW ditetapkan untuk 2021 selepas mengurangkan kadar NRW sebanyak 1.6 peratus kepada 25.1 peratus dan berjaya menuntut imbuhan balik sebanyak RM142.3 juta, iaitu 75 peratus daripada perbelanjaan program NRW telah dikeluarkan.

“Saya juga berharap kejayaan Air Selangor dan Ranhill SAJ ini dapat menjadi perangsang dan motivasi kepada operator air lain untuk turut melaksanakan usaha sebaik mungkin bagi mencapai sasaran pengurangan kadar NRW yang telah ditetapkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

4

Politik 6 bulan yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia