web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekalan Air Di 5 Kawasan Selangor Pulih Sepenuhnya

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Dec 2022 11:38AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekalan air di lima kawasan terjejas akibat pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pulih sepenuhnya tengah malam tadi.

Air Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan, bekalan air sudah mula disalurkan kepada pengguna di 472 kawasan dalam lima wilayah Air Selangor yang terjejas berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi.

Lima kawasan terbabit adalah Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54), Sepang (196), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27).

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.

Pada masa sama, Air Selangor turut menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan air daripada pili mengalir sehingga jernih, sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Pada Sabtu lalu, LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas akibat insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Pencemaran bau dipercayai berpunca daripada tumpahan pati minyak wangi daripada kemalangan lori membawa muatan itu di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan. - Getaran, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kerajaan Pantau Paras Empangan, Pastikan Bekalan Air Cukup

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Air Selangor Dijadual Bayar Balik Pinjaman RM248.7 Juta Bermula 2031

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Gangguan Bekalan Air Di Pangkor Pulih Sepenuhnya, Sedia Terima Pelancong - MB

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Pemulihan Bekalan Air Tahap Kedua Bermula Jam 6 Pagi - PBAPP

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia