web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Air Di Pangkor Pulih Sepenuhnya, Sedia Terima Pelancong - MB

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Feb 2024 6:49PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Masalah bekalan air di Pangkor yang terjejas sehingga mengganggu aktiviti pelancongan berjaya dipulihkan sepenuhnya, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Saarani dalam kenyataan berkata, kerajaan negeri menerusi Lembaga Air Perak (LAP) sudah mengatasi masalah kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut yang disyaki antara punca gangguan bekalan air itu.

"Sektor pelancongan Pulau Pangkor sudah bersedia menerima semula kehadiran pengunjung apabila masalah gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku sejak awal bulan ini telah kembali pulih sepenuhnya.

"Langkah-langkah pembaikan yang telah dilaksanakan LAP membaiki kebocoran pada saluran paip sepanjang 3.5 kilometer dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor," katanya.

Beliau berkata, selain kerja-kerja pembaikan, LAP juga telah melaksanakan beberapa langkah mitigasi bagi mengatasi masalah berkenaan.

"LAP telah meningkatkan bekalan air ke daerah Manjung ke paras optimum, selain melaksanakan pengezonan semula bekalan di kawasan yang terlibat dengan gangguan.

"LAP turut menyediakan lori tangki air dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan termasuk penyediaan tangki-tangki statik di lokasi-lokasi strategik," katanya.

Menurut Saarani, paras kolam air di Pulau Pangkor menunjukkan trend peningkatan, manakala kawasan-kawasan yang sebelum ini mengalami gangguan bekalan air termasuk Teluk Nipah, Teluk Dalam dan Sungai Pinang Kecil dilaporkan sudah pulih sepenuhnya.

"Saya dimaklumkan penggiat pelancongan, termasuk pemilik chalet dan rumah inapan yang terjejas akibat masalah bekalan air juga telah kembali beroperasi seperti biasa.

"Walaupun situasi di Pulau Pangkor sudah kembali pulih, LAP akan terus memantau kestabilan bekalan air ke kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian sama berulang terutamanya sepanjang kempen Tahun Melawat Perak 2024," katanya.

Terdahulu, dilaporkan bekalan air di Pulau Pangkor terjejas sejak seminggu lalu dan tekanan air terlalu rendah sehingga menimbulkan kerunsingan kepada pengguna dan pengusaha pelancongan di pulau itu.

Malah, pengusaha terpaksa berdepan dengan tuntutan pelancong yang meminta pulangan wang dan diskaun akibat masalah itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kerajaan Pantau Paras Empangan, Pastikan Bekalan Air Cukup

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Cukai Perkhidmatan: Tiada Kenaikan Tambang Feri, Penginapan Di Marina Island

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Pemulihan Bekalan Air Tahap Kedua Bermula Jam 6 Pagi - PBAPP

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Penduduk Pulau Pinang Lega Bekalan Air Mula Pulih

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia