web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cukai Perkhidmatan: Tiada Kenaikan Tambang Feri, Penginapan Di Marina Island

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Mar 2024 12:16PM

Ketua Pegawai Eksekutif Marina Island, Ding Mei Looi (tengah) bercakap kepada media selepas majlis pelancaran Buffet Ramadan Marina Island Pangkor Resort and Hotel baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Tiada kenaikan harga bagi tambang feri, penginapan dan perkhidmatan lain di Marina Island tahun ini biarpun terdapat kenaikan pada kadar cukai perkhidmatan daripada enam kepada lapan peratus bermula 1 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Marina Island, Ding Mei Looi berkata, syarikat itu akan menyerap segala peningkatan kos operasinya bagi menarik lebih ramai pengunjung serta menggalakkan rakyat melancong di dalam negara, selain merancakkan Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024).

Ding berkata, pulau buatan itu menerima kira-kira 800,000 hingga satu juta pengunjung setahun bagi menikmati semua perkhidmatan disediakan.

"Bagi suku pertama tahun ini terdapat peningkatan susulan kempen Tahun Melawat Perak dan kita menjangkakan ia akan terus rancak sehingga hujung tahun," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Buffet Ramadan Marina Island Pangkor Resort and Hotel di sini.

Bagi memberikan perkhidmatan terbaik, pihaknya telah bekerjasama dengan 60 pemandu pelancong bagi memastikan pelancong mendapat pengalaman menakjubkan ketika melawat Pulau Pangkor dan sekitarnya.

Bercakap mengenai bufet Ramadan, keistimewaan tahun ini adalah hidangan siakap gergasi seberat empat hingga enam kilogram yang dibakar setiap hari bersama kira-kira 100 hidangan lain yang menjadi tarikan di Terumbu Cafe yang dapat memuatkan 250 hingga 300 tetamu pada satu-satu masa.

Bufet bertemakan Nostalgia Ramadan itu dijual pada harga RM86 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak bermula 16 Mac hingga 7 April ini, di samping menjamu selera hadiah menarik cabutan bertuah menanti tetamu yang berkunjung setiap hari. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Gangguan Bekalan Air Di Pangkor Pulih Sepenuhnya, Sedia Terima Pelancong - MB

2

Video & Galeri 11 bulan yang lalu

Anjing Lumpuh Perlu Bantuan

3

TARA 2 tahun yang lalu

Bercuti ke Pulau Dengan Bajet Mesra Poket

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Diminta Kaji Semula Kenaikan Tambang Feri Ke Pulau Pangkor

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia