web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemulihan Bekalan Air Tahap Kedua Bermula Jam 6 Pagi - PBAPP

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 12:28PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan pengguna di kawasan di bawah tahap kedua pemulihan bekalan air sudah selesai mendapat bekalan air sepenuhnya pada jam 6 pagi ini.

PBAPP dalam kenyataan hari ini memaklumkan tahap kedua pemulihan bekalan air membabitkan 495,065 pengguna atau 84 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di Seberang Perai dan di bahagian pulau negeri itu.

"Ketika ini kini PBAPP berusaha untuk memulihkan bekalan air kepada 99.5 peratus daripada 590,000 yang bermula dari jam 6 pagi tadi, dengan pengepaman optimum air terawat dari Loji Rawatan Air(LRA) Sungai Dua ke Pulau Pinang.

"PBAPP juga menumpukan usaha memulihkan bekalan air di daerah Barat Daya terutama di kawasan hujung paip agihan dan kawasan tinggi yang dijangka selesai menjelangjam  6 pagi esok," menurut kenyataan itu.

Sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual bermula jam 6 pagi Rabu lalu, namun sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam.

Sebanyak 157 kawasan membabitkan SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau pula akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.

Sementara itu, PBAPP memaklumkam pihaknya telah mengenal pasti beberapa bahagian melibatkan kebocoran baharu saluran paip Sungai Perai yang berlaku semalam.

"Kerja-kerja pembaikan kebocoran itu akan dilaksanakan secepat mungkin," menurut kenyataan itu.

Semalam media melaporkan, PBAPP telah mengambil langkah segera dengan melencongkan paip sementara, susulan kebocoran baharu yang dikesan pada saluran paip di dasar Sungai Perai.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, paip berdiameter 900 milimeter (mm) itu dilencongkan merentasi jambatan Ampang Jajar di bahagian atas permukaan sungai.

Langkah kecemasan berkenaan diambil selepas penilaian mendapati paip sedia ada di Sungai Perai itu tidak lagi boleh dibaiki. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

4

Semasa 2 bulan yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi