web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penduduk Pulau Pinang Lega Bekalan Air Mula Pulih

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 11:57AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pengguna di sebahagian besar kawasan di Seberang Perai dan bahagian pulau di negeri ini yang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual susulan kerja-kerja penggantian dua injap kawalan bersaiz 1.2 meter di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, mendapat semula bekalan secara berperingkat sejak semalam.

Tinjauan BERNAMA mendapati rata-rata mereka melahirkan rasa lega dan berterima kasih kepada pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) kerana bertungkus-lumus sejak Rabu lalu, demi memastikan pengguna yang terjejas memperoleh semula bekalan air mengikut tempoh dijadualkan.

Amalina Musa, 28, dari Seberang Perai Utara (SPU) memberitahu kawasan rumahnya di Maklom, Sungai Puyu sudah ada air sejak tengah malam, semalam.

"Sekitar 10.30 malam Rabu lalus saya ada cuba buka paip kalau-kalau ada air tapi tak ada, selepas itu cuba lagi pada 12 tengah malam, Alhamdulillah ada.

"Saya cepat-cepat tadah dan isi dalam tong kerana takut kalau air terputus semula sebab susah apabila tidak ada air, banyak urusan di rumah tertangguh," katanya kepada BERNAMA.

Amalina yang mengusahakan bengkel kereta turut lega kerana sudah boleh menyambung semula perniagaan seperti biasa.

Sementara itu, Noor Atikah Zainal Anuar, 40, berkata, kawasan rumahnya di Flat Sri Bayu, Bayan Lepas juga sudah mula menerima bekalan air pada 6.10 pagi tadi.

"Terkejut juga dah ada air, lebih awal daripada jangkaan...air yang ditadah sebelum ini pun masih banyak.

"Apapun, syukur dan terima kasih kepada PBAPP yang memudahkan urusan kami semua," katanya.

Bagi penduduk di kawasan yang belum menerima air pula mereka berharap bekalan dapat dipulihkan dalam masa terdekat.

Mohd Faizal Hashim, 37, yang tinggal di Teluk Kumbar berkata, walaupun bekalan air belum pulih di kawasan perumahannya, dia tidak begitu risau kerana terdapat tangki disediakan untuk kegunaan penduduk.

"Di sini ada tangki besar diletakkan jadi tak risau sangat. Kita faham PBAPP sedang bekerja keras dan harap segalanya dipermudahkan dan bekalan air dapat dipulihkan sepenuhnya di semua kawasan dalam tempoh ditetapkan," katanya.

PBAPP dalam kenyataan pagi ini memaklumkan tahap kedua pemulihan bekalan air sudah bermula dari jam 6 pagi tadi dengan pengepaman optimum air terawat dari LRA Sungai Dua ke bahagian pulau dan menyasarkan untuk memulihkan bekalan kepada 495,065 pengguna menjelang 6 pagi esok.

Sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual bermula jam 6 pagi pada Rabu lalu, namun sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam.

Sebanyak 157 kawasan membabitkan SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau pula akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

4

Semasa 2 bulan yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 21 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad