web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Air: Operasi 4 LRA Di Selangor Pulih 

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2024 8:11AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Air Selangor mengesahkan empat loji rawatan air yang dihenti tugas sementara susulan insiden pencemaran bau telah kembali beroperasi sepenuhnya.

Jurucakap Air Selangor memaklumkan, Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3)  beroperasi sepenuhnya sejak 9 malam  tadi. 

Mennurut beliau, Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang pula beroperasi semula mulai jam 6 petang semalam. 

“Air Selangor sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan impak kepada para pengguna. 

“Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air telah digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.

Tambah jurucakap itu, bantuan bekalan air alternatif menerusi 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang disenaraikan.

Operasi empat LRA di Selangor terpaksa dihentikan sementara semalam pencemaran bau, dipercayai berpunca daripada premis kilang  memproses bahan akrilik untuk dikitar semula.

Ia menyebabkan tujuh wilayah Air Selangor iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Insiden itu mengundang kemarahan pengguna terjejas yang kecewa atas kelewatan bertindak Air Selangor yang gagal memberikan notis awal kepada mereka.

Sementara itu Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim dalam sidang media khas memberi jaminan, gangguan bekalan air di tujuh daerah terjejas dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini.

Katanya, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengenakan kompaun ke atas premis yang menyebabkan pencemaran bau di empat LRA tersebut. – Getaran, 24 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Sekolah Di Pulau Pinang Dibenarkan PDPR Sepanjang Gangguan Bekalan Air

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat Alami Gangguan Bekalan Air Pada 10 Oktober

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan Air Hulu Selangor Dijangka Pulih Sepenuhnya Khamis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

9 Lokasi Di Pulau Pinang Masih Alami Gangguan Bekalan Air

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka