web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


9 Lokasi Di Pulau Pinang Masih Alami Gangguan Bekalan Air

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 9:25PM

Beberapa lokasi di Pulau Pinang masih mengalami gangguan bekalan air akibat fenomena kepala air di Baling, Kedah. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Sembilan lokasi di Pulau Pinang masih mengalami gangguan bekalan air susulan penutupan sementara operasi Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Dua pada Rabu lepas akibat banjir dan fenomena kepala air di Baling, Kedah.

Kenyataan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan bekalan air di kebanyakan kawasan di negeri itu telah berjaya dipulihkan namun sembilan lokasi iaitu lapan di daerah Barat Daya dan satu di daerah Seberang Perai Selatan masih terganggu setakat 6 petang tadi.

"PBAPP masih lagi berusaha tanpa henti untuk memastikan bekalan air dapat dipulihkan ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak Rabu lepas," menurut kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook rasmi PBAPP hari ini.

Pada Rabu lepas, operasi LRA di Sungai Dua terpaksa dihentikan selama empat jam berikutan kadar kekeruhan air mentah yang tinggi susulan insiden banjir dan fenomena kepala air di Baling.

Menurut PBAPP, bagi mengurangkan kesulitan pengguna yang terjejas, bekalan air bersih akan diagih menggunakan lori tangki perbadanan itu, Pertubuhan Bomba Sukarela, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

"PBAPP turut mengagihkan bantuan air minum berbotol melalui Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan yang terjejas di daerah Barat Daya dan Seberang Perai Selatan. Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada hospital, pusat dialisis dan kecemasan lain seperti urusan jenazah," katanya.

Lokasi yang masih terjejas ialah Relau, Persiaran Kelicap, Jalan Kenari, Kampung Matahari Naik, Puspakom, Batu Hitam, Casia Sunway dan Permatang Damar Laut di daerah Barat Daya manakala daerah Seberang Perai Selatan melibatkan lokasi di Kompleks Penjara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Bekalan Air: Operasi 4 LRA Di Selangor Pulih 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi