web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Terpedaya Iklan Pinjaman Haram - KWSP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 8:59PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan daripada pihak yang menawarkan skim pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jurucakap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, pihaknya mengesan iklan yang menyasarkan pemilik akaun KWSP dengan menggunakan nama syarikat pemberi pinjaman wang (PPW) berlesen atau kredit komuniti berdaftar di bawah kementerian itu.

Katanya, iklan terbabit menawarkan pinjaman dengan kadar faedah antara 5 peratus hingga 7 peratus sebulan yang jauh melebihi kadar faedah ditetapkan Akta Pemberi Pinjam Wang (1951).

“Kadar faedah ditetapkan menerusi akta ini adalah maksimumnya sebanyak 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun bagi pinjaman individu.

“Maklumat pinjaman juga mencurigakan yang bertujuan untuk memperdaya orang ramai,” katanya.

Iklan seumpama itu dikatakan berlegar luas di media sosial sejak kebelakangan ini.

Menurut jurucakap itu, KPKT tidak pernah terbabit dalam iklan sedemikian dan mengingatkan orang ramai bahawa urusan dengan pihak kredit komuniti hanya boleh berlaku di dalam premis perniagaan berdaftar serta sah.

Pada masa sama beliau memaklumkan, orang ramai perlu sentiasa mendapatkan pengesahan maklumat daripada KPKT terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kata putus dengan mana-mana pihak dan tidak menandatangani sebarang perjanjian kosong.

“KPKT memandang serius penularan maklumat dan iklan ini yang dikhuatiri bukan sahaja menjejaskan imej dan kredibiliti sektor kredit komuniti, bahkan memberi implikasi negatif kepada orang ramai, khususnya peminjam.

“Mana-mana syarikat kredit komuniti berlesen yang didapati terbabit dengan pinjaman mengelirukan atau mengenakan kadar faedah tinggi, boleh dikenakan tindakan tegas selaras dengan Seksyen 17A Akta 400 yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi 18 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Aduan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui sistem aduan bersepadu KPKT, iaitu aduan.kpkt.gov.my, aplikasi mudah alih i-KrediKom, talian hotline Bahagian Kawalan Kredit Komuniti (BKKK) di 03-8891 4694/4690 atau hadir di Kaunter Aduan KPKT di Aras 1, KPKT di Putrajaya. - Getaran, 6 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 6 bulan yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 7 bulan yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia