web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peranti Kesihatan Lebih RM1 Juta Dirampas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 11:25AM

Pelitup muka perubatan antara peranti tidak berdaftar yang dirampas. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Kementerian Kesihatan (KKM) merampas produk peranti tidak berdaftar dengan nilai keseluruhan lebih RM1 juta.

Menurut kenyataan MDA, antara peranti itu adalah pelitup muka perubatan, oximeter dan kit ujian kendiri COVID-19.

Katanya, rampasan yang membabitkan 18 pegawai penguat kuasa MDA itu dilakukan hasil daripada risikan terperinci dan aduan orang awam ke atas sebuah syarikat di Shah Alam.

“Modus operandi mereka adalah menjual peranti terbabit melalui platform dalam talian atau e-dagang dan membekalkannya kepada syarikat pengedar lain.

“Syarikat berkenaan didapati melanggar Seksyen 5(1), Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737), iaitu meletakkan peranti perubatan tidak berdaftar di bawah Akta 737 dalam pasaran yang boleh dikenakan hukuman mengikut seksyen 5(2) akta sama, iaitu denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekiranya disabitkan bersalah,” katanya.

MDA berkata, orang ramai digalakkan untuk menyemak status pendaftaran sesuatu peranti melalui laman sesawang mdar.mda.gov.my.

“Sebarang aduan berkaitan produk tidak berdaftar boleh disalurkan kepada MDA melalui Sistem Pengurusan Maklumbalas MDA (MDAFEMES) di femes.mda.gov.my agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan peranti perubatan tidak berdaftar di pasaran,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia