web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elak Langgar Lori, Lelaki Nyaris Maut 4WD Rempuh 3 Kenderaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 11:33AM

Kenderaan peniaga berusia 49 tahun itu yang terbabas, sebelum terbalik.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki menempuh detik cemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya merempuh tiga kenderaan lain, apabila cuba mengelak sebuah lori di Jalan Dunlop, Batu 3, di sini, semalam.

Kejadian jam 3 petang itu menyebabkan kenderaan yang dipandu peniaga berusia 49 tahun itu terbabas, sebelum terbalik.

Getaran difahamkan, lelaki tersebut yang sedang dalam perjalanan dari Batu 3 menuju ke arah pusat bandar mengubah haluan dari lorong kanan ke kiri secara tiba-tiba.

Keadaan kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Keadaan kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Bagaimanapun, sebuah lori keluar dari arah simpang dan memasuki lorong sama, menyebabkan dia panik dan cuba mengubah semula haluannya ke lorong kanan.

Pacuan empat roda itu yang hilang kawalan kemudiannya menyebabkan tiga kenderaan lain iaitu Proton Saga, Perodua Axia dan Myvi turut dirempuh dan mengalami kerosakan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu pacuan empat roda berkenaan.

“Tiada kecederaan dilaporkan berlaku dan kes disiasat mengikut Rule 6 LN 166/59,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia