web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: 392 Kes Melibatkan VOC Dikesan Setakat Semalam - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 12:03PM

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu, sebanyak 384 kes adalah daripada varian Delta (B.1.617.2) dan lapan lagi membabitkan varian Beta (B.1.351). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 392 kes positif COVID-19 melibatkan varian yang membimbangkan (VOC) dikesan di dalam negara bagi tempoh 25 September lepas hingga semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 384 kes adalah daripada varian Delta (B.1.617.2) dan lapan lagi membabitkan varian Beta (B.1.351).

Dr Noor Hisham berkata kajian mutasi ‘Spike Protein COVID-19’ di Malaysia itu dijalankan enam konsortium iaitu Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI-UKM), Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) dan Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Teknologi Mara.

Turut terlibat ialah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika UM (TIDREC-UM), Institut Genom Malaysia dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Dr Noor Hisham berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dikategorikan sebagai VOC dan varian bawah pemerhatian (VUM) adalah sebanyak 2,252 kes.

Dr Noor Hisham berkata daripada 2,252 kes yang dikesan, sebanyak 2,232 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah varian mempunyai kepentingan (VOI).

“Secara keseluruhan, sehingga kini terdapat 1,996 kes varian Delta, 222 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha berada dalam kategori VOC,” katanya.

VUM terdiri daripada Theta, Kappa dan Eta selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 30 Sept lepas meletakkannya dalam varian itu. Sebelum ini, ketiga-tiganya dikategorikan sebagai VOI.

Kini, hanya Lamba (C.37) dan Mu (B.1.621) dikategorikan sebagai VOI. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia