web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gunakan Pas Pelajar Masuk Malaysia, Sindiket ‘Love Scam’ Tumpas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 12:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama polis Hong Kong berjaya menahan tujuh individu yang terlibat dengan kegiatan penipuan ‘love scam’ di sekitar Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Komisioner Polis Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, serbuan dijalankan pada 5 Oktober lalu di tiga buah premis sekitar Puchong melalui Operasi Tiong (Op Tiong).

“Tujuh individu tersebut terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan warganegara asing berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun.

“Kesemua mereka yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan ‘love scam’ menyasarkan mangsa di kalangan rakyat Malaysia dan Hong Kong.

“Pihak polis turut merampas beberapa buah komputer riba, telefon bimbit, router, pasport dan sejumlah kad ATM dari pelbagai bank,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Mohd Kamarudin lagi, siasatan yang dijalankan mendapati sindiket ‘love scam’ tersebut telah memasuki Malaysia tiga tahun yang lalu dengan menggunakan pas pelajar.

“Melalui pelbagai nama samaran dan akaun palsu di platform Facebook serta Instagram, ahli sindiket ini akan menghantar permohonan untuk menjadi rakan kepada pengguna media sosial di negara sasaran.

“Mangsa yang terpedaya dengan kata-kata manis serta janji palsu yang ditaburkan kemudiannya akan diminta untuk memindahkan wang ke dalam akaun bank yang diberikan.

“Kesemua mereka yang ditahan direman sehingga 9 Oktober bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Kamarudin turut menyeru orang ramai agar lebih menitikberatkan aspek pencegahan jenayah merangkumi ilmu pengetahuan, kewaspadaan bagi mengelakkan ditipu ‘love scam’.

“Nasihat saya ialah, jangan mudah terpesona dengan gambar-gambar profil yang cantik atau tampan yang digunakan di media sosial serta jangan cepat terpedaya dengan kata-kata manis mereka.

“Berhati-hati dalam memilih rakan melalui laman sosial terutama kenalan yang dikatakan daripada luar negara. Jangan mendedahkan nombor akaun bank atau identiti diri dan keluarga kepada mana-mana individu yang tidak dikenali.

“Seterusnya, jangan memberi pinjaman atau memasukkan wang ke dalam akaun individu yang tidak dikenali,” tegasnya lagi. - Getaran, 7 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia