web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kereta Terbakar, Pasangan Suami Isteri Muda Maut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 1:09PM

Keadaan kereta Perodua Myvi yang rentung selepas api dipadamkan. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sepasang suami isteri maut setelah kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbakar akibat kemalangan di lampu isyarat berdekatan Tesco Mergong dekat sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.11 pagi.

Katanya, ketika bomba tiba di lokasi kejadian, didapati api sedang marak dengan hampir keseluruhan kenderaan itu terbakar.

“Api berjaya dipadamkan pada jam 3.25 pagi namun akibat kenderaan kereta yang teruk terbakar dan mengalami kerosakan, pemandu serta penumpang kenderaan itu hanya dapat dikeluarkan pada jam 4.55 dan 4.59 pagi.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mayat mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pemandu Myvi tersebut merupakan seorang remaja berusia 21 tahun dikenali sebagai Lim Gi Ying manakala penumpang kenderaan itu pula adalah isterinya, Tan Sun Wen, 19.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta itu terbabas ketika menghampiri lampu isyarat menyebabkannya melanggar tiang papan tanda yang berada di kiri jalan.

“Ekoran dari itu, kereta tersebut kemudiannya kembali memasuki jalan utama dan terhenti di situ sebelum terbakar hingga menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - Getaran 7 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Jual Beras Dalam Talian, Anda Boleh Didakwa’ - KPKM

oleh Diyana Nawwar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan