web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rentas Negeri Kekalkan SOP Sedia Ada, Tiada Halangan Tambahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 9:47PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan menghalang individu belum atau menolak vaksin melakukan perjalanan pulang ke kampung sebaik rentas negeri dibenarkan.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata mereka masih tidak dibenarkan makan di dalam restoran dan memasuki premis perniagaan.

Katanya, cadangan pihak tertentu supaya pemeriksaan ke atas golongan tersebut sama ada sudah melakukan ujian kendiri tidak akan dilakukan di setiap sekatan jalan raya (SJR).

“Tidak ada cara untuk kita kuatkuasakan cadangan itu. Kita tidak akan adakan sekatan jalan raya dan periksa setiap yang keluar. Saya rasa rakyat lebih marah jika berlaku kesesakan jalan sebab mereka dah lama tunggu untuk pulang ke kampung.

“Ini bukan macam gelembung Langkawi yang jumlahnya tak ramai. Ini (rentas negeri) babitkan jalan keluar masuk di semua negeri, mustahil untuk kita periksa semua.

“Cuma prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang sedia ada akan terus digunakan. Maksudnya jika ada individu belum divaksin yang merentas negeri, dia tetap tidak boleh melakukan dine in di restoran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, petang ini.

Khairy berkata kerajaan juga tidak akan memperkenalkan SOP tambahan bagi membolehkan rakyat bergerak bebas untuk aktiviti rentas negeri, selepas hampir dua tahun negara berdepan pandemik COVID-19.

“Kita tak mahu banyak SOP rentas negeri. Ramai tunggu kebebasan nak balik kampung. Kita dah nak sampai tahap 90 peratus golongan dewasa lengkap divaksinasi.

“Sekarang hanya perlu lakukan kawalan kendiri. Kalau nak betul-betul berhati-hati tak bawa balik virus pada ibu bapa buatlah ujian kendiri,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu harga syiling kit ujian kendiri COVID-19 akan diturunkan tidak lama lagi.

Katanya, harga siling kit ujian itu perlu diturunkan daripada harga semasa bagi menggalakkan orang ramai membuat pemeriksaan kendiri sebaik saja rentas negeri dibenarkan.

“Saya sudah jumpa dan bincang dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya dapat turunkan lagi harga kit ujian kendiri.

“Kita dah ada harga yang disarankan dan akan diumumkan sedikit masa lagi. Kita perlukan masa peralihan supaya pembekal dapat habiskan stok sedia ada,” katanya.

Ketika ini harga siling bagi kit ujian kendiri COVID-19 telah ditetapkan pada harga RM19.90.

Mengenai dos penggalak, Khairy berkata suntikan tersebut tidak diwajibkan ke atas semua individu.

“Bukan wajib tetapi ia ditawarkan kepada golongan rentan dan berisiko dijangkiti COVID-19.

“Kita tak akan paksa tapi galakkan selepas enam bulan suntikan dos kedua, golongan tersebut tampil ambil dos penggalak,” katanya.

Malah jelasnya lagi, dos penggalak itu tidak akan memberi kesan terhadap status pada sijil vaksinasi sedia ada.

“Dos penggalak ini tidak akan menjejaskan status ‘fully vaccinated’ pada sijil vaksinasi setiap individu,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

4

Politik 1 tahun yang lalu

KJ Bertemu Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat, ‘Saya Serba Salah Tentukan Tawaran Kerana…’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia