web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Buru 'Datuk Seri', Siasat Pemalsuan Dokumen Libat TMJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 4:14PM

Ayob Khan Mydin Pitchay - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang wanita yang didakwa memiliki gelaran Datuk Seri sedang diburu polis Johor, susulan penglibatan dalam kes pemalsuan dokumen pertukaran mata wang, membabitkan Tunku Mahkota Johor (TMJ). 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, turut diburu adalah seorang peguam yang bertindak sebagai proksi dan seorang lagi suspek lelaki iaitu pemilik akaun berkenaan.

Menurut beliau, laporan polis terhadap tindakan wanita terbabit dibuat Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi Keluarga Diraja Johor pada jam 7 petang semalam. 

"Kita menerima laporan polis berkaitan satu penipuan membabitkan TMJ, iaitu dokumen palsu 'Letter of Undertaking' pertukaran mata wang ASD kepada Ringgit Malaysia (RM).

"Dokumen itu didapati dikeluarkan dan ditandatangani seorang wanita tempatan bergelar Datuk Seri, yang mendakwa mendapat mandat daripada TMJ untuk menjalankan urusan itu," katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, pertukaran mata wang itu dipercayai bernilai USD200 bilion hingga USD5 trilion. 

"Hasil semakan melalui laman www.istiadat.gov.my mendapati nama wanita itu tidak berdaftar sebagai individu yang mendapat gelaran Datuk Seri. 

"Selain itu, wanita terbabit juga adalah suspek dalam kes penipuan draf Bank of Tokyo pada 2011, manakala semakan ke atas seorang lelaki yang bertindak sebagai proksi adalah seorang peguam," jelasnya. 

Siasatan kes itu, katanya dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu yang kononnya mempunyai hubungan baik dengan pihak Istana Diraja Johor tanpa usul periksa bagi mengelakkan penipuan seumpama ini. - Getaran, 8 Oktober 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia