web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kebenaran Rentas Negeri Dikuatkuasa Serentak Di Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 8:42PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebenaran rentas negeri akan dikuatkuasakan serentak di seluruh negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Ismail Sabri berkata kebenaran itu akan dikuatkuasakan apabila kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai 90 peratus dan dijangka diumumkan beliau dalam beberapa hari lagi. 

"Serentak seluruh negara. Kalau seluruh negara dah capai 90 peratus (kadar vaksinasi), kita jangka purata negeri-negeri sudah pun melebihi 80 peratus. 

''Jadi sebab itulah kita akan umumkan dalam waktu terdekat, sehari, dua hari, tiga hari ke tak tahulah. Tunggulah tapi tak lama dah," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri di sini hari ini. 

Sasaran kadar 90 peratus vaksinasi populasi dewasa semakin hampir apabila 89.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima dos vaksinasi COVID-19 setakat malam tadi.

Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan sempadan negeri akan dibuka apabila kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai tahap 90 peratus. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia