web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bermain Di Jalan Raya, 15 Skuter Elektrik Disita  

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 9:13PM

Antara Skuter Elektrik yang disita dalam Ops Skuter di Lembah Sireh, Kota Bharu - Gambar ihsan MPKB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Tindakan beberapa individu bermain skuter elektrik di laluan utama telah mencetuskan situasi kurang senang dalam kalangan pengguna jalan raya kerana ia boleh membahayakan nyawa.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) serta Penguatkuasa Jabatan Hal ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah mengadakan operasi bersepadu 'Ops Skuter' di  Lembah Sireh di sini, malam semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Suprintendan Shuhaimi Jusoh, dalam operasi itu pihak berkuasa telah menyita 15 skuter elektrik kerana bermain di kawasan awam dan tiga kompaun turut dikeluarkan kepada pengusaha permainan itu.

Katanya, skuter elektrik ini disita kerana pengusahanya beroperasi tanpa lesen atau tidak ada permit dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Syarat untuk mendapatkan permit adalah ketat termasuk tidak boleh bermain di atas jalan raya dan mengganggu laluan awam.

"Skuter elektrik ini juga tidak sepatutnya berada di atas jalan raya kerana ia tidak mengikut spesifikasi kenderaan yang betul," katanya di sini hari ini.

Operasi berkenaan dijalankan di beberapa kawasan di bandar Kota Bharu mulai 9 malam sehingga 12 tengah malam dengan seramai 52 anggota terbabit.

Dalam pada itu, MPKB-BRI dalam satu kenyataan memaklumkan, dalam operasi yang sama, JAHEAIK turut mengeluarkan lapan saman kepada golongan wanita yang juga pemain skuter elektrik untuk hadir pada sesi khidmat nasihat kerana berpakaian dan berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai.

"Kita minta ibu bapa atau penjaga untuk sentiasa memantau aktiviti sosial anak masing-masing demi kebaikan bersama," katanya. - Getaran, 8 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia