web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat 3 Kanak-Kanak Lemas Ditemui, 2 Beradik Antara Mangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 12:35PM

Anggota Bomba terlibat dalam operasi mencari mayat tiga kanak-kanak yang lemas di muara Sungai Setiu berhampiran Kampung Mangkuk sejak petang semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SETIU - Mayat tiga kanak- kanak termasuk dua adik beradik yang lemas di muara sungai berhampiran Kampung Mangkuk semalam ditemui awal pagi tadi.

Pengerusi Bencana Daerah Setiu, Rosli Latif berkata, mayat Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, ditemui pada jam 12.58 pagi tadi pada kedudukan 800 meter dari lokasi kali terakhir kanak-kanak itu dilihat.

“Mayat kedua, iaitu adik lelaki Nur Amni, Muhammad Aryan Faheem, 7, ditemui pada jam 1.47 pagi kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian

“Yang terakhir adalah mayat Nurul Hasha Humaira Che Mohd. Humaizi, 11, dijumpai pada jam 8.15 pagi,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata operasi menyelamat dan mencari ditamatkan pada jam 8.40 pagi dengan penemuan tiga mayat tersebut.

“Kesemua mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk dibedah siasat,” katanya.

Semalam, tiga kanak-kanak terbabit dikhuatiri lemas susulan fenomena air pasang di kawasan berkenaan.

Insiden yang berlaku kira- kira jam 5.40 petang semalam menghanyutkan enam kanak-kanak, namun hanya tiga daripada mereka berjaya diselamatkan manakala Nur Amni, Muhammad Aryan dan Nurul Hasha lesap dibawa arus. - Getaran, 9 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia