web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hipertensi Punca Kematian 80 Peratus Kes COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 12:40PM

Penyakit tidak berjangkit (NCD) adalah paling banyak dihadapi oleh pesakit yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hampir 80 peratus daripada 24,565 kes kematian COVID-19 yang direkodkan di negara ini adalah disebabkan penyakit darah tinggi atau hipertensi. 

Berdasarkan data dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Twitter itu, peratusan dan kes kematian terbabit dicatatkan setakat 24 September lalu.

“Penyakit tidak berjangkit (NCD) itu paling banyak dihadapi pesakit yang meninggal dunia akibat jangkitan virus terbabit,” katanya.

Menurut jurucakap KKM, penyakit diabetes menjadi faktor kedua tertinggi kematian pesakit COVID-19, iaitu sebanyak 55 peratus, diikuti kadar kolestrol tinggi (47 peratus).

“Faktor lain yang menyumbang kepada kematian pesakit ini adalah penyakit jantung (16 peratus), buah pinggang (15.8 peratus), obesiti (10.5 peratus), strok (7.9 peratus), masalah paru-paru (5.6 peratus), komplikasi hati (1.4 peratus) dan kanser (1.3 peratus).

“Sebanyak 84 peratus daripada pesakit yang meninggal dunia ini dikesan menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit,” katanya.

Statistik di laman sesawang COVIDNOW sehingga semalam mencatatkan 27,191 kematian akibat pandemik berkenaan.

Seramai 20,927,867 individu atau 89.4 peratus pula sudah lengkap divaksinasi, manakala 22,166,911 individu atau 94.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos imunisasi. - Getaran, 9 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia