web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Johor Buka Semula 15 Lokasi Taman, Hutan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 2:27PM

Taman Eko Rimba Gunung Pulai - Gambar dari Facebook JPNJ

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sebanyak 15 lokasi membabitkan Taman Eko Rimba (TER), Hutan Taman Negeri (HTN) dan Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri ini, dibuka semula kepada orang awam yang telah lengkap vaksinasi untuk melakukan aktiviti rekreasi dan pendakian.

Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) menerusi hantaran dalam laman Facebooknya memaklumkan, bagaimanapun kemasukan orang ramai hanya 50 peratus kapasiti dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurut JPNJ, daripada 15 lokasi, empat TER iaitu Gunung Pulai 1, Gunung Arong, Soga Perdana dan Taka Melor mula dibuka semalam manakala HTN Gunung Arong dibuka Isnin (11 Okt) ini.

Kenyataan itu memberitahu, antara 10 kawasan pendakian HSK ialah Gunung Sumalayang, Gunung Muntahak, Gunung Panti, Pelepah Kiri dan Gunung Lambak, yang turut dibuka pada Isnin.

"Individu yang telah lengkap vaksinasi dibenarkan membawa anak-anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah bagi sebarang aktiviti dengan pematuhan SOP yang ketat dan perlu sentiasa memakai pelitup muka serta menjaga kebersihan. 

"Bagaimanapun, individu yang bergejala serta suhu badan melebihi 37.5 darjah (Celcius) tidak dibenarkan masuk," menurut JPNJ.

JPNJ menjelaskan, orang awam yang ingin menjalankan aktiviti pendakian di HSK perlu mendapatkan permit di Pejabat Hutan Daerah terdekat terlebih dahulu sebelum memasuki kawasan berkenaan.

Selain itu, kenyataan itu memaklumkan, orang awam juga perlu menggunakan Malim Gunung Perhutanan yang diiktiraf selain menyertakan salinan kad pengenalan dan vaksin lengkap dalam aplikasi MySejahtera serta mengimbas kod QR ketika masuk ke kawasan yang dituju.

JPNJ menyatakan orang awam boleh didakwa di bawah kesalahan memasuki HSK tanpa permit mengikut Seksyen 47(1) Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 Negeri Johor dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia