web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


443 Anak Muda Mohon Jadi Ahli DMJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 4:24PM

Ahli DMJ sedang berbahas dalam persidangan DMJ tahun lalu. - Gambar ihsan DMJ

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Undi 18 dan keadaan politik negara dilihat menjadi faktor utama anak muda menonjolkan diri ke hadapan bagi membawa aspirasi dan kehendak mereka supaya tidak diketepikan. 

Ini dibuktikan menerusi 443 permohonan diterima Dewan Muda Johor untuk menjadi calon Ahli DMJ bagi sesi 2022.

Koordinator DMJ, Ahmad Solehin Abd Ghani berkata, anak muda pada masa kini semakin cakna dan ingin terbabit secara langsung dalam menyumbang kepada dasar serta polisi negara.

"Sambutan pada kali ini semakin menggalakkan. Kita menerima 443 permohonan dengan 70 peratus adalah lelaki, manakala selebihnya wanita, mewakili pelbagai latar belakang pendidikan, pekerjaan, bangsa dan agama. 

"Kami melihat faktor Undi 18 dan keadaan politik semasa antara penyebab utama anak muda ini ingin ke hadapan untuk membawa aspirasi orang muda, supaya kehendak serta suara mereka  tidak lagi diketepikan," katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini. 

Pencarian ahli baru DMJ diadakan setahun sekali dan ini adalah kali ketiga ia dilaksanakan.

Seramai 56 ahli bersamaan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor akan dipilih dan diumumkan pada minggu kedua November nanti. 

DMJ adalah platform terbuka dan bebas yang mengumpulkan wakil suara anak muda itu bagi membincang serta membahaskan usul berkaitan dasar kerajaan negeri. 
 
Menurut Ahmad Solehin, ia adalah medium demokratik yang bersifat tersusun dalam menyalurkan kritikan, saranan serta ikhtiar semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan negeri melalui konsep persidangan.

"Kerjasama pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, persatuan belia, persatuan mahasiswa banyak membantu mempromosi DMJ, sekali gus menarik minat golongan muda negeri," katanya.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia