web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rentas Negeri, LPT 2 Jangka Pertambahan Hingga 45,000 Kenderaan Sehari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Oct 2021 12:05PM

Lebuhraya Pantai Timur 2 - Gambar dari Facebook LPT2

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Syarikat konsesi lebuh raya, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Sdn Bhd menjangkakan pertambahan trafik antara 38,000 sehingga 45,000 kenderaan sehari apabila perjalanan rentas negeri dibenarkan sedikit masa lagi.

Pengurus Perniagaan Wilayah LPT 2, Suhaimi Saat berkata selepas sekian lama berdepan sekatan akibat penularan pandemik COVID-19, orang ramai pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman atau melancong bagi melepaskan tekanan.

Sehubungan itu pihaknya telah melakukan persiapan rapi merangkumi aspek keselamatan dan kemudahan bagi memastikan pengguna mendapat pengalaman perjalanan yang selesa sekali gus tiba dengan selamat ke destinasi masing-masing.

"Pasukan penyelenggaraan dan kakitangan perkhidmatan pelanggan yang ditempatkan di laluan tertentu di sepanjang 184 kilometer lebuh raya sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Malah semua kemudahan awam di kawasan lima Hentian Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah LPT 2 sentiasa dibersihkan mengikut jadual yang ketat untuk menjamin keselesaan pengguna dan ia adalah sebahagian komitmen jangka panjang LPT 2," katanya dalam kenyataan hari ini.         

Suhaimi berkata bagi meningkatkan aspek keselamatan pengguna, pihaknya juga menjalin kerjasama dengan pasukan trafik Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi tujuan penguatkuasaan di sepanjang lebuh raya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan semua pengguna supaya tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 ketika berada di kawasan R&R dan hentian sebelah.

"Sila patuh kepada arahan supaya melakukan imbasan MySejahtera, memakai topeng muka dan penjarakan fizikal apabila berada di R&R dan hentian sebelah.

"Dengan pertambahan kenderaan, pastinya keadaan akan menjadi sesak dan amat penting untuk orang ramai mematuhi SOP demi kebaikan bersama," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia