web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Emas, Pemandu, Terperangkap Dalam Bentley Berjaya Diselamatkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 1:45PM

Bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga emas dan pemandunya selepas kereta yang mereka naiki terkandas dalam banjir kilat di persimpangan Cheng berhadapan Taman Cheng Perdana, Melaka, hari ini. - Gambar dari Facebook JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang lelaki warga emas dan pemandunya diselamatkan bomba selepas kereta mewah jenis Bentley dinaiki mereka terkandas akibat banjir kilat di persimpangan Cheng berhadapan Taman Cheng Perdana di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II, Zulkifli Mohd Ali berkata, kejadian berlaku kira-kira 7 pagi dengan kedua-dua lelaki berusia 80-an dan 30-an itu didapati terkandas dalam banjir sedalam satu meter.

Zulkifli berkata selain mereka, pihaknya turut menyelamatkan sebuah Proton Wira dan Proton Iswara yang ditinggalkan di laluan berkenaan selepas pemandunya keluar menyelamatkan diri.

"Bomba menerima panggilan kira-kira 7.25 pagi dan tiba di lokasi itu lima minit kemudian. Operasi menyelamat melibatkan lapan anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba Melaka Tengah.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati air telah naik kira-kira sedalam satu meter dan terdapat dua mangsa termasuk seorang warga emas yang tidak dapat berjalan di dalam sebuah kereta Bentley," katanya yang dihubungi hari ini. 

Beliau berkata ketiga-tiga kenderaan terlibat ditolak ke tempat yang selamat sebelum operasi tamat sepenuhnya kira-kira 8.49 pagi. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia