web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rempuh Kenderaan Tuan Tanah Guna Jengkaut, 3 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 1:25PM

Tular di media sosial menunjukkan sebuah jengkaut merempuh sebuah kenderaan di kawasan kebun sawit Labu Kubong, Perak. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Hanya disebabkan tidak berpuas hati laluan ke kebun sawit mereka digali untuk dibuat parit, tiga lelaki bertindak di luar batasan apabila merempuh kenderaan milik tuan tanah menggunakan jengkaut.

Sejak semalam, viral di media sosial satu rakaman video berdurasi 29 saat menunjukkan tindakan beberapa suspek merempuh kenderaan dan mengejar pemilik tanah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya sudah menerima laporan daripada anak mangsa dan siasatan awal mendapati, kejadian pergaduhan itu berlaku di kawasan kebun sawit Labu Kubong, di sini, Rabu lalu.

Katanya, berdasarkan siasatan, tanah milik berkeluasan kira-kira 1.8 hektar itu dipercayai menjadi laluan utama pekebun sawit di kawasan berkenaan untuk ke kebun mereka.

“Kejadian berlaku disebabkan pengadu dan ayahnya telah mengorek jalan di tepi kebun untuk di jadikan parit sebagai laluan air kerana kawasan tersebut tidak memiliki kemudahan saliran. 

“Kawasan yang dikorek itu adalah laluan utama bagi pekebun sawit untuk ke kebun mereka dan disebabkan itu timbul ketidakpuasan hati semua suspek berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, ketidakpuasan hati itu mencetuskan pertengkaran mulut antara pengadu dengan ketiga-tiga suspek, menyebabkan seorang daripada mereka bertindak menampar leher pemuda tersebut.

Katanya, seorang lagi suspek yang memandu jengkaut bertindak melanggar kereta milik bapa pengadu sehingga mengalami kerosakan.

Menurutnya, suspek yang memandu jengkaut juga cuba untuk mengejar bapa pengadu menggunakan tukul dan mendatangkan ketakutan kepada kedua-dua mangsa.

“Bertindak atas maklumat, tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek berusia 28 hingga 47 tahun dilakukan sekitar jam 4.05 petang semalam oleh pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

“Reman ke atas ketiga-tiga suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,”katanya.

Ahmad Adnan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323, 427 dan 506 Kanun Keseksaan. - Getaran, 10 Oktober 2021

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Politik 1 hari yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Semasa 5 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung