web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rentas Negeri Dibenar Mulai Esok - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Oct 2021 4:56PM

Rakyat boleh melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok, selepas kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju membenarkan rakyat yang sudah melengkapkan dos vaksin untuk melakukan pergerakan rentas negeri di seluruh negara bermula esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu membolehkan rakyat melakukan pergerakan pulang ke kampung, melancong dan aktiviti melangkaui sempadan negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, rakyat bagaimanapun diingatkan agar tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran diberikan dalam usaha membantu memastikan fasa peralihan negara ke fasa endemik berjalan lancar dan selamat.

“Bagaimanapun, kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Kebenaran itu diumumkan selepas kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sudah mencapai 90 peratus, seperti dijanjikan kerajaan.

Perdana Menteri berkata, rakyat adalah barisan hadapan yang akan melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan COVID-19, justeru jika kelonggaran itu diambil mudah, tidak mustahil jangkitan pandemik berkenaan kembali meningkat.

"Antara langkah harus dilaksanakan individu adalah mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan mengamalkan Test (Ujian), Report (Melaporkan), Isolate (Pengasingan), Inform (Memaklumkan) dan Seek (Mendapatkan) atau TRIIS," katanya.

Jelas beliau, rakyat yang ingin pulang ke kampung berjumpa ibu bapa atau merentas negeri, digalakkan untuk melakukan ujian COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan bagi menjamin keselamatan diri dan orang sekeliling.

“Bagi mereka bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihatkan anda tangguhkanlah dahulu perjalanan.

“Sekiranya anda didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.

Biarpun kebebasan pergerakan sudah diberikan kerajaan, Perdana Menteri menegaskan, rakyat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana peraturan itu menjadi syarat utama bagi menjayakan usaha membendung COVID-19.

“Akta 342 di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) juga masih dikuatkuasakan, bermakna kesalahan masih boleh dikenakan dan individu yang melanggarnya akan dikenakan tindakan”,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, kebenaran dan kebebasan merentas negeri yang diberikan kerajaan bukan bermakna pihak berkuasa akan bersikap lepas tangan.

Jelasnya, walaupun tiada lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) untuk mengawal pergerakan rentas negeri, sekatan berkenaan masih diteruskan untuk mencegah jenayah dan menjaga keselamatan.

Pemeriksaan secara rawak, tegasnya, tetap dilaksanakan pihak berkuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Pemeriksaan ini mungkin dilakukan di kawasan rawat dan rehat (R&R) atau di premis yang memerlukan individu menunjukkan aplikasi MySejahtera jika diminta berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, semua pemilik premis, termasuk kedai makan, kedai runcit dan pusat beli-belah diingatkan untuk sentiasa memeriksa status vaksinasi serta risiko jangkitan COVID-19 pelanggan dan pengunjung.

“Langkah ini penting bagi memastikan risiko jangkitan COVID-19 di dalam premis adalah rendah,” katanya.

Beliau turut mengingatkan, rakyat harus sedar bahawa hakikatnya mereka terpaksa menjalani kehidupan bersama COVID-19 
di sebalik kelonggaran pergerakan diumumkan kerajaan itu.

“Disebabkan keadaan ini, banyak kelonggaran diumumkan kerajaan, termasuk merentas negeri, melancong di dalam dan luar negara serta makan di restoran menetapkan kepada syarat untuk individu lengkap divaksinasi bagi mengurangkan risiko jangkitan.

“Bagi mereka yang masih belum divaksin, segeralah berbuat demikian,” katanya. - Getaran, 10 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia