web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nombor Pendaftaran Tidak Ikut Spesifikasi, 197 Kenderaan Disaman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Oct 2021 6:35PM

Polis menjalankan pemeriksaan nombor pendaftaran melalui sekatan jalan raya di sekitar bandaraya Kuching.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sebanyak 197 saman dikeluarkan ke atas pemilik kenderaan kerana menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mematuhi spesifikasi sepanjang Operasi Khas dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mulai 4 Oktober lalu sehingga semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak 119 saman adalah membabitkan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, manakala 52 lagi melibatkan nombor pendaftaran 'fancy'.

Menurutnya, 26 saman lagi dikeluarkan atas kesalahan tidak mempamerkan nombor pendaftaran.

"Bagi kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, motosikal mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 55 saman, kereta (42), kenderaan pacuan empat roda (18) dan van empat saman, " katanya hari ini.

Beliau berkata, 29 saman bagi kesalahan nombor 'fancy' dikeluarkan untuk motosikal, kereta (20), kenderaan pacuan empat roda (dua) dan satu untuk van.

"Sebanyak 25 motosikal dan sebuah kereta pula disaman kerana tidak memiliki nombor pendaftaran" ujarnya.

Ahsmon berkata, operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kuching itu akan dilaksanakan secara berterusan.

"Operasi khas ini adalah bagi mengelakkan penggunaan nombor pendaftaran sukar dibaca dan mengelirukan, yang boleh memberi kesan kepada penguatkuasaan had laju, kes langgar lari dan pembabitan dalam kes jenayah," katanya. - Getaran, 10 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia