web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semua Pihak Perlu Kerjasama, Bantu Peralihan Fasa PPN Sabah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 8:28PM

Nizam ketika merasmikan perlawanan bola tampar sempena Hari Sukan Negara di Batu 4, Jalan Apas, Tawau, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Semua pihak diminta memainkan peranan aktif dalam program vaksinasi di negeri ini bagi mewujudkan imuniti kelompok pada kadar segera.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, usaha tersebut amat penting bagi membantu Sabah beralih dari fasa dua ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut beliau, peralihan fasa berkenaan membolehkan kerajaan membenarkan lebih banyak aktiviti ekonomi dilakukan.

"Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan (KKM), Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), wakil rakyat, pemimpin masyarakat dan orang ramai perlu memainkan peranan aktif dalam menjayakan program vaksinasi di Sabah.

"Selain program 'outreach', kita juga perlu mengenal pasti orang sekeliling yang masih belum mendapatkan vaksin, agar segera di vaksin," katanya kepada media, hari ini.

Tambahnya, keengganan segelintir pihak menerima vaksinasi memberi kesan kepada kehidupan harian di Sabah secara keseluruhan.

"Dalam pada itu, berhubung kebenaran rentas negeri, sudah tentu saya berharap ia turut membabitkan Sabah bagi membantu merancakkan semula sektor ekonomi.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri faham (bahawa) untuk memberi kelonggaran tersebut, ia memerlukan penelitian terhadap banyak perkara," katanya.

Nizam berkata, kebebasan rentas negeri itu dikhuatiri menyebabkan perlanggaran ke atas beberapa perkara, sekali gus  menyumbang kepada penularan semula jangkitan COVID-19.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, Sabah menjadi satu-satunya negeri yang belum mencapai kadar 80 peratus untuk dos lengkap vaksin COVID-19 bagi populasi dewasa. - Getaran, 10 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia