web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Perlu Pastikan Jangkitan Tidak Meningkat - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 3:22PM

Khairy Jamaluddin berkata perkembangan sedemikian perlu terus dipertahankan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat negara ini diminta memastikan jumlah harian COVID-19 tidak lagi meningkat, susulan kebenaran merentas negeri yang berkuat kuasa hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jumlah jangkitan harian yang dicatatkan negara kian menurun sejak beberapa hari lalu justeru, perkembangan sedemikian perlu terus dipertahankan.

“Oleh kerana pergerakan merentas negeri dibenarkan hari ini, ingatkan imej ini (gambar rajah jumlah kes harian COVID-19).

“Kita sedang turun dari puncak bencana dan putus asa. Ayuh pastikan tiada lagi peningkatan,” katanya di Twitter, hari ini sambil mengepil gambar rajah kes harian COVID-19 yang semakin menurun.

Khairy turut mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, serta mengamalkan TRIIS iaitu ujian, lapor, mengasingkan, memaklumkan dan mencari sepanjang kelonggaran rentas negeri dilaksanakan.

Semalam, kerajaan bersetuju membenarkan rakyat yang sudah melengkapkan dos vaksin untuk melakukan pergerakan rentas negeri di seluruh negara bermula hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu membolehkan rakyat melakukan pergerakan pulang ke kampung, melancong dan aktiviti melangkaui sempadan negeri tanpa perlu memohon kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau bagaimanapun diingatkan agar tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran diberikan, dalam usaha membantu memastikan fasa peralihan negara ke fasa endemik berjalan lancar dan selamat.

“Bagaimanapun, kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya pada sidang media khas, semalam.

Kebenaran itu diumumkan selepas kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sudah mencapai 90 peratus, seperti dijanjikan kerajaan. - Getaran, 11 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Refleksi 7 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia