web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Edar Syabu, Peniaga Roti Canai Wanita Berdepan Hukuman Mati

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 4:31PM

Dadah yang dirampas oleh polis daripada seorang peniaga roti canai di tepi Jalan Selangau-Bintulu, semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Berselindung di sebalik perniagaan menjual roti canai, seorang wanita diberkas selepas terlibat dalam pengedaran syabu di tepi Jalan Selangau-Bintulu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah pada jam 5.45 petang.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan milik suspek membawa kepada rampasan sebuah beg silang berwarna hitam yang digunakan suspek.

"Pemeriksaan lanjut di dalam beg berkenaan menjumpai beberapa paket plastik lut sinar bersaiz besar, yang di dalamnya mengandungi beberapa ketulan kristal, disyaki dadah jenis metafetamin, dengan berat kasar 51.60 gram, bernilai RM5,160,” katanya kepada Getaran di sini.

Muhamad Rizal berkata, suspek dibawa ke BSJN IPD Mukah untuk tindakan lanjut dan saringan awal ujian air kencing turut mendapati dia positif dadah jenis amfetamin.

“Hasil siasatan, dijalankan suspek mengaku terlibat dengan kegiatan penagihan dadah sejak tahun 2010," ujarnya.

Getaran difahamkan, suspek ditahan reman mulai hari ini di lokap Balai Polis Mukah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama.

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan 15 kali sebatan," katanya. - Getaran, 11 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia