web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun Boleh Ikut Individu Lengkap Vaksin Melancong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 5:42PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kebenaran rentas negeri bagi aktiviti pelancongan juga tertakluk kepada individu yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

“Anak-anak di bawah umur 18 tahun boleh turut serta (melancong) bersama-sama ibu bapa atau penjaga masing-masing yang telah lengkap divaksinasi,” katanya dalam kenyataan hari ini berhubung kebenaran rentas negeri.

Nancy berkata pengumuman kebenaran rentas negeri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, merupakan khabar gembira yang telah lama dinantikan penggiat industri pelancongan bagi merancakkan kembali sektor pelancongan, seni dan budaya tempatan.

Beliau berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang menyambut baik pengumuman itu melihat ia dapat menjamin kelangsungan hidup pekerja-pekerja dalam rantaian sektor berkenaan, yang telah lama terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

“Saya berharap dengan pelaksanaan pembukaan rentas negeri ini, ia boleh membantu dalam memulihkan kembali sektor pelancongan, seni dan budaya seterusnya dapat membina kembali kekuatan ekonomi negara,” katanya.

Ismail Sabri pada sidang media khas semalam memaklumkan kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula hari ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan yang rakyat Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19, dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara tanpa ‘MyTravelPass’ (MTP) Jabatan Imigresen juga berkuat kuasa hari ini.

Bagi memulihkan kembali sektor pelancongan, Nancy berkata salah satu fokus yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Pelancongan oleh MOTAC adalah dengan mengembalikan keyakinan pelancong terhadap tahap keselamatan di sesuatu destinasi pelancongan.

“MOTAC akan berusaha untuk memastikan sektor pelancongan negara mampu menjana semula pendapatan secara berterusan dan akan terus merangka kempen promosi yang lebih agresif dan strategik bagi merancakkan kembali sektor pelancongan negara,” katanya.

Nancy berkata pengunjung yang ingin melakukan aktiviti pelancongan digalakkan menjalani ujian pengesanan COVID-19, sebelum memulakan perjalanan.

“Tindakan ini secara tidak langsung dapat membantu kerajaan untuk memutuskan rantaian serta mengawal penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan masyarakat.

“Patuhilah segala prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan serta kementerian dan agensi yang berkaitan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 7 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia