web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ong Kian Ming Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 8:38PM

Ong Kian Ming - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming disahkan positif COVID-19 hasil ujian saringan yang diambilnya di bangunan Parlimen hari ini.

Dalam ciapannya di Twitter, Kian Ming berkata, beliau menjalani ujian kendiri COVID-19 pada 3.30 petang hari yang sama dan didapati positif.

''Disahkan oleh ujian PCR sejam kemudian. Saya tidak mempunyai sebarang gejala. Saya akan dikuarantin di rumah selama 10 hari akan datang,'' katanya yang turut memberitahu akan memaklumkan kontak rapat mengenai perkembangan berkenaan.

Kian Ming turut memberitahu, semua pihak harus terus mendorong vaksinasi di kalangan mereka yang ragu-ragu untuk mendapatkan vaksin, pendatang asing tanpa dokumen dan remaja.

Pengumuman yang dibuat oleh Kian Ming itu, hanya beberapa jam selepas yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan  tiada individu dalam perkarangan Parlimen yang didapati positif COVID-19 sepanjang persidangan kali ini melalui ujian saringan RTK Antigen dan RT-PCR.

Azhar juga memaklumkan bahawa Ahli Parlimen hanya dibenarkan membuka pelitup muka ketika berbahas di Dewan Rakyat dan keputusan itu dicapai setelah mendapat pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang melaksanakan penilaian risiko di Parlimen. - Getaran, 11 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia