web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lari Dari Pusat Kuarantin, Pencuri Kereta Curi 3 Kenderaan Lagi Untuk Lolos

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Oct 2021 9:14PM

Suspek (tengah) dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Seorang lelaki yang melarikan diri dari sebuah pusat kuarantin di sini bertindak mencuri dua buah kenderaan serta sebuah motosikal bagi meloloskan diri, sebelum berjaya ditangkap semula semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Hakemal Hawari berkata, suspek berusia 21 tahun itu pada awalnya diberkas sekitar jam 2.50 petang, 28 September lalu kerana disyaki mencuri sebuah kereta di sebuah kawasan perumahan di Jalan Miri-Bintulu.

Bagaimanapun menurut beliau, pemuda tersebut dibebaskan dengan jaminan polis pada 6 Oktober setelah disahkan positif COVID-19 dan dihantar ke pusat kuarantin Kementerian Kesihatan (KKM).

"Pada awal pagi 7 Oktober, dia bagaimanapun melarikan diri dari pusat kuarantin berkenaan," katanya hari ini.

Hakemal berkata, suspek mencuri sebuah van milik sebuah gereja semasa melarikan diri.
    
"Van itu kemudiannya ditinggalkan di sebuah kawasan di Jalan Bintulu-Miri sekitar jam 9.40 malam keesokan hari setelah dia dikejar orang awam yang mengecam kenderaan tersebut.

"Dalam usahanya untuk terus melarikan diri, pada 9 Oktober, suspek mencuri pula kereta di Kampung Sungai Dalam, Jalan Bintulu-Miri, sebelum meninggalkan kenderaan terbabit di kawasan semak berhampiran Batu Niah," jelasnya.

Katanya, sebuah motosikal milik seorang pengawal keselamatan turut dicuri oleh suspek.

"Suspek akhirnya berjaya ditangkap semula oleh polis pagi semalam di kawasan Niah susulan maklumat yang disalurkan orang awam berkenaan pergerakan suspek," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada orang awam yang sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis dalam mengekang kejadian jenayah di kawasan itu. - Getaran,11 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia