web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: 2.1 Peratus Kes Baharu Kategori 3,4 dan 5

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 10:05PM

Dr. Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya 2.1 peratus atau 144 kes daripada 6,709 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi, melibatkan  individu dalam kategori tiga, empat dan lima. 

Kategori tiga merujuk kepada mereka yang mempunyai radang paru-paru, empat memerlukan bantuan oksigen dan lima memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata baki 6,565 kes atau 97.9 peratus pula terdiri daripada mereka dalam kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

"Daripada jumlah kes baharu itu, 6,703 kes melibatkan penularan dalam negara membabitkan 6,454 warganegara dan 249 rakyat asing manakala enam kes adalah kes import membabitkan lima warganegara dan seorang rakyat asing," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau berkata sebanyak 10,833 kes sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes pulih daripada wabak itu kini 2,206,502.

Dr Noor Hisham berkata terdapat 762 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) merangkumi 702 yang disahkan positif COVID-19 manakala 60 lagi adalah kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

Sebanyak 398 kes memerlukan bantuan pernafasan melibatkan 298 yang disahkan positif COVID-19 manakala 100 lagi adalah kes disyaki, kemungkinan (suspected, probable) dan dalam siasatan.

Beliau turut memaklumkan sembilan kluster baharu dikesan dengan empat kluster membabitkan penularan dalam komuniti, masing-masing dua di tempat kerja dan kumpulan berisiko tinggi sementara satu kluster membabitkan pendidikan lain. 

Dr Noor Hisham juga memaklumkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) untuk Malaysia semalam adalah 0.87 dengan Putrajaya mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.05.

Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik dalam laman GitHub dan laman sesawang COVIDNOW menerusi https://covidnow.moh.gov.my. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia