web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesakit Mental Bukan Kategori Kurang Siuman, Stigma Perlu Diubah - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Oct 2021 7:41AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu kesihatan mental masih lagi agak tabu dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Stigma mengenai pesakit mental yang sering kali dikaitkan sebagai kurang siuman juga, sering membuatkan golongan itu berasa tersisih dan lemah.

Lebih teruk lagi, ia turut menghalang pesakit mendapatkan bantuan atau rawatan profesional, sekali gus memberi kesan kepada proses pemulihan hingga menjejaskan kualiti kehidupan.

Menyedari hakikat itu, Pakar Psikologi Universiti SEGi, Kota Damansara, Prof Datin Dr Mariani Md Nor menyambut baik tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) memperkasa usaha untuk mengubah stigma melibatkan penyakit mental.

“Suara autoriti yang sebegini amat diperlukan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia supaya golongan terkesan boleh dibantu.

“Sekurang-kurangnya membuang jauh stigma itu adalah bantuan yang amat diperlukan pesakit ini agar mereka tidak malu mendapatkan bantuan dan rawatan yang sepatutnya,” katanya kepada Getaran.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengakui pihaknya berdepan cabaran bagi membantu golongan tersebut, kerana stigma negatif masih ada terhadap mereka yang cuba mendapatkan bantuan dan rawatan profesional.

Beliau berpendapat, penyakit mental perlu dinormalisasi dalam kehidupan seharian kita.

“Stigma itu masih lagi ada seolah-olah mereka yang mencari rawatan dan bantuan dianggap sebagai tidak siuman. Saya rasa stigma ini perlu dibuang jauh-jauh.

“Kita juga perlu jadikan ia satu kebiasaan dan adalah normal untuk golongan ini mendapatkan bantuan, rawatan dan juga kaunseling,” katanya pada majlis pelancaran Pelan Strategik Kesihatan Mental (2020 – 2025) dan Let’s Talk Minda Sihat sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021 secara maya, Ahad.

Prof Datin Dr Mariani Md Nor
Prof Datin Dr Mariani Md Nor

Mengulas lanjut Mariani berkata, umumnya masalah kesihatan mental bukan terletak di bawah kategori tidak siuman.

“Ia lebih kepada terganggunya fungsi pemikiran, emosi dan sosial seseorang itu dalam meneruskan kelangsungan kehidupan seharian.

“Gangguan itu disebabkan pelbagai faktor, antaranya tekanan yang tidak dapat diurus dengan baik,” katanya.

Selain menyokong pemansuhan peruntukan undang-undang yang mensabitkan cubaan bunuh diri sebagai jenayah, Mariani berkata majikan juga memainkan peranan penting dalam membantu golongan mengalami masalah kesihatan mental.

“Walaupun faktor penyebab terjejasnya kesihatan mental bukan gara-gara isu di pejabat, kajian burn-out di tempat kerja membuktikan sebaliknya.

“Sampai masa, kebajikan secara total pekerja bawahan seliaan adalah ukuran pencapaian utama bagi mana-mana institusi tempat kerja,” katanya.

Jelas beliau lagi, bagi memastikan situasi tersebut dapat diuruskan dengan baik, penglibatan keluarga terdekat dan rakan sekeliling amat diperlukan ketika ini.

“Satu lagi usaha untuk memperkasakan bantuan kepada golongan ini adalah tertakluk kepada sikap, pemikiran, tanggungjawab keluarga terdekat dan rakan sekeliling.

“Penglibatan majikan juga amat penting kerana mereka adalah individu paling dekat dengan pekerja, jadi sudah menjadi tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan pekerja di bawah seliaan mereka,” katanya. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 10 bulan yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

3

Semasa 11 bulan yang lalu

KKM Bakal Wujudkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak, Remaja - Menteri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Stigma, Diskriminasi Halang Akses Rawatan, Penjagaan Kesihatan Mental

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia