web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Bawa Dadah Bertindak Agresif, Polis Lepas Tembakan Amaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 4:17PM

Anggota polis melepaskan dua das tembakan selepas suspek merempuh kenderaan polis beberapa kali.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan bagi menghentikan tindakan seorang lelaki yang cuba melarikan diri dan merempuh anggota polis dalam satu kejadian di Menggatal, petang semalam.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu memandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi ketika cuba ditahan oleh pihak polis sekitar jam 2 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, polis menjalankan operasi ‘Op Tapis’ di kawasan berkenaan selepas menerima maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

George berkata, suspek ditahan untuk diperiksa pada operasi berkenaan.

“Dia bagaimanapun bertindak agresif dan cuba melarikan diri dengan merempuh kenderaan pasukan polis beberapa kali.

“Suspek yang enggan memberi kerjasama juga cuba melanggar anggota polis dengan merempuh bahagian hadapan kenderaan pasukan, menyebabkan mereka terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar hadapan kenderaan suspek untuk mempertahankan diri,” katanya.

Menurut George, suspek kemudiannya melarikan diri namun kenderaannya hanya bergerak hampir 120 meter dari tempat kejadian, sebelum suspek ditahan polis.

George berkata sejurus ditahan, polis menjalankan pemeriksaan ke atas suspek yang membawa kepada penemuan dua plastik lut sinar mengandungi ketulan hablur kristal dipercayai dadah jenis syabu.

Dadah dengan anggaran berat 100 gram itu dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu bersama suspek untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia