web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ugut Wanita Pinjamkan Duit, 2 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 5:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua individu ditahan selepas dipercayai mencederakan dan mengugut seorang wanita, yang menagih semula wang dipinjamkannya kepada seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya menerima laporan berhubung ugutan jenayah membabitkan pegawai kanan terbabit yang kini sedang tular di media sosial.

Katanya, mangsa dalam kejadian itu ialah seorang wanita berusia 36 tahun yang mendakwa telah diugut dan dicederakan, kerana ingin meminta semula wang dipinjamkannya kepada pegawai berkenaan.

“Hasil siasatan, polis menahan dua individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut dan membuka kertas siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

Arjunaidi berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut dan berhenti menyebarkannya di media sosial.

“Polis Selangor memberi jaminan akan melakukan siasatan secara telus dan terperinci serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, termasuk pegawai dan anggota polis yang didapati melakukan kesalahan di sisi undang-undang,” katanya. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia